Monday, April 1, 2013

UTUSAN MALAYSIA 12/11/2012-BELALAI GAJAH



SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010.Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini.Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia.Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan fungsi daun belalai gajah bagi memenuhi harapan ribuan pesakit kronik di negara ini."Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia."Orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes dan gastrik boleh mendapatkan manfaat daripada daun belalai gajah ini," katanya ketika ditemui di Seremban, baru-baru ini.Hazmi menarik perhatian, meski pun kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai, ia masih ada kekurangannya.Katanya, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah."Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat," ujarnya.Berikutan itu, katanya, syarikatnya telah menghasilkan ekstrak daun belalai gajah yang dijadikan suplemen dalam bentuk moden yang mudah diambil.Terdapat empat jenis produk iaitu daun segar, serbuk dengan campuran perisa, kapsul dan teh uncang."Bagi menghasilkan produk ini, kami membuka ladang menanam pokok belalai gajah seluas 15 ekar yang disewa daripada peneroka Felda Sendayan mulai 14 Disember tahun lalu."Ladang ini adalah model ladang herba kluster Rembau di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) dan kami adalah usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan," katanya.Menurutnya, pokok belalai gajah mula ditanam pada Januari tahun ini dan tuaian yang pertama dibuat pada Mac dengan setiap ekar mampu menghasilkan kira-kira 1 tan daun tersebut.Katanya, daun yang dipetik akan dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk."Daun akan dicuci sebelum dikeringkan dengan ketuhar dan direbus sehingga pekat. Cecair itu kemudian akan diekstrak menjadi serbuk," ujarnya.Pada masa ini, produk serbuk dengan jenama UTurn dibuat dengan campuran perisa epal hijau dan lemon tanpa bahan kimia. Ia juga tidak menggunakan gula tetapi fruktus seberat 20 gram untuk setiap uncang.Suplemen itu dihasilkan dengan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.Hazmi berkata, pada masa ini, syarikatnya menghasilkan sebanyak 2,000 kotak UTurn seminggu yang diedarkan di lebih 2,500 outlet di Lembah Klang."Kami bercadang untuk mengeluarkan 4,000 kotak seminggu sebaik saja kapasiti pengeluaran kilang ditingkatkan," tambahnya.Produk UTurn telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan (MAHA NS 2012) di Seremban pada Julai lalu.You Dun Chao Herbs Farm boleh dihubungi melalui talian 03-79828268 atau Hazmi 012-3939791.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121112/ag_01/Belalai-gajah#ixzz2PD8UMMuk © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, March 28, 2013

Daun belalai gajah yang ditanam secara organik

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cara menggunakan daun belalai gajah mengikut tahap kanser


Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
  • masukkan setengah @ satu cawan air (air mineral) dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti di bawah 
  • masukkan sebiji apple hijau 
  • blend halus dan terus diminum. 
  • Paling cepat berkesan jika diminum awal pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan ini seperti:

gula atau makanan yang ada gula, 
madu, 
ikan kembung, 
7 angled fish
 ikan pari, 
daging ayam,
 daging itik, 
keladi, 
beras pulut, 
butter atau planta, 
durian, 
sarang burung, 
ginseng atau mana2 herba lain. 
Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah

Kadar pengambilan daun belalai gajah
  • Stage 1 : 30 daun setiap hari 
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari 
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari 
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 
*Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun tersebut


Pengenalan

Saya membekalkan daun belalai gajah segar di sekitar Pahang dan seluruh Malaysia.
Daun ini sya tanam secara kecil kecilan di tepi rumah..dan dijamin bebas daripada racun serangga perosak.
Ditanam secara organik.
Harga
Satu peket mengandungi 500 helai daun berharga RM 50 sahaja berserta pos.